Mulakan perniagaan anda secara atas talian.

Perniagaan anda sepatutnya mempunyai keupayaan untuk menjual kepada audien yang lebih besar yang kini boleh didekati melalui internet.

Naikkan jenama dengan identiti digital

Bakal pelanggan lebih senang berurusan dengan perniagaan yang mempunyai identiti dan jenama yang boleh dipercayai. Perniagaan anda akan lebih mudah dikenali ramai dengan penjenamaan secara digital.

Medium pemasaran yang efektif

Laman web akan jadi lebih berguna sekiranya dijadikan sebagai alat pemasaran yang boleh menarik lebih ramai bakal pelanggan. Rekabentuk dan isi kandungan yang mudah difahami boleh membantu menarik minat pelanggan untuk membuat pembelian di laman web anda.

Laman web sebagai kedai atas talian

Tiada lagi pesanan yang diterima melalui WhatsApp atau Facebook Messenger. Mudahkan cara pelanggan anda yang sedia ada atau yang baru untuk membuat pesanan secara atas talian. Kadar jualan anda dijamin meningkat apabila pelanggan rasa senang untuk membuat pesanan.

Bagaimana kami menjenamakan perniagaan anda melalui laman web?
• • •


Kami sampaikan maklumat dengan tepat melalui rekabentuk.

Dengan rekabentuk laman web yang baik, kami bantu membina laman web dengan maklumat yang diatur secara teliti supaya ianya disampai dengan tepat ke pengguna sasaran dan sekaligus dapat menjadi pelanggan anda.

Kami bantu pelanggan anda membuat keputusan.

Kami memahami bahagian penting dalam pembinaan laman web yang berjaya adalah untuk membantu pelanggan anda memahami produk dan servis yang anda tawarkan dengan pengalaman membeli-belah atas talian yang menyenangkan.

Kami bantu menaikkan jenama anda melalui carian internet.

Kami mahukan perniagaan anda diketahui oleh pelanggan yang berpotensi membeli di internet. Laman web dengan rekabentuk menarik dan isi kandungan yang mudah difahami dapat membantu sekiranya anda menjalankan pemasaran secara digital.

Apa yang anda dapat untuk laman web anda?

• • •


Halaman maklumat

Anda akan diberikan tiga halaman utama untuk menyampaikan maklumat dengan jelas mengenai perniagaan anda. I.e Mengenai Kami, Soalan-soalan Lazim, etc.

Halaman produk

Pelanggan boleh melihat maklumat produk anda dengan tersusun dan membuat keputusan membeli dengan mudah. Tiada had untuk jumlah produk yang boleh dimuatnaik.

Shopping Cart

Tingkatkan hasil jualan anda dengan memudahkan pelanggan membuat pembelian. Shopping cart dapat membantu pelanggan membuat pilihan produk yang ingin dibeli.

Sistem Checkout

Proses pembelian atas talian jadi lebih lancar apabila pelanggan dapat membuat tempahan dengan mudah.

Online Payment

Pelanggan dapat melakukan transaksi bayaran atas talian dengan jaminan keselamatan yang tinggi oleh pembekal online payment kami.

Blog

Kongsikan kemaskini terkini mengenai bisnes anda dan juga promosi untuk pelanggan melalui artikel yang boleh dimuatnaik ke halaman blog di laman web anda.

Live Chat

Tingkatkan kualiti khidmat pelanggan untuk bisnes anda dengan menyediakan kemudahan berhubung secara Live Chat. Anda boleh melayan pelanggan yang melayari laman web anda terus dari telefon bimbit.

Kupon Diskaun

Jalankan promosi menarik untuk mendapatkan hasil jualan yang tinggi. Pelanggan boleh membuat tebusan diskaun melalui sistem checkout dan nikmati diskaun.

SEO

Laman web anda dilengkapi dengan skrip untuk menaikkan laman web anda dalam hasil carian internet. Ini boleh membuatkan laman anda mudah dijumpai oleh bakal pelanggan.

Web Analytics

Anda boleh membuat analisis pelawat yang telah membuat lawatan ke laman web anda. Analisis data penting untuk membuat strategi pemasaran yang lebih berkesan.

Kami bersedia membantu membina laman web untuk bisnes anda.
• • •

Team kami mahir mengaturcara untuk membina laman web anda supaya anda boleh mula berniaga online tanpa perlu risau mengenai kod aturcara yang rumit.