FAQ

Soalan yang selalu ditanya, jawapannya ada disini.



Tempahan


A1. Sila pilih pakej sebaran flyer yang sesuai untuk anda kemudian tekan butang Tambah ke Cart. Setelah selesai membuat pilihan anda boleh terus membuat tempahan dengan menekan butang Lihat Cart Anda dan isi borang tempahan. Tempahan akan diproses setelah pembayaran berjaya dibuat.

A2. Anda boleh membuat pembayaran secara atas talian atau secara manual melalui Cash Deposit Machine. Untuk atas talian, anda boleh buat bayaran menggunakan kad atau secara online banking. Kami menggunakan khidmat BillPlz supaya anda boleh melakukakn transaksi atas talian dengan selamat dan pantas. Anda akan menerima notifikasi e-mel dari BillPlz apabila transaksi bayaran anda sudah berjaya. Untuk pembayaran secara manual, anda boleh membuat pembayaran ke akaun syarikat kami dimana maklumat untuk pembayaran boleh didapati melalui resit diakhir langkah tempahan dan juga dalam resit yang dihantar ke alamat e-mel.


Pengiklanan Flyer


A1. Pakej yang berlainan adalah mengikut keperluan perniagaan atau pilihan anda. Kami menyediakan pakej sebaran flyer yang berwarna atau hitam dan putih. Setiap pakej adalah berbeza dari bilangan helaian flyer yang akan dicetak dan disebar dan jarak sebaran untuk setiap pakej ialah 10km radius.

A2. Kami boleh mencetak dua design flyer iaitu Standard Size (8.5 x 11 in) dan Half Sheet (5.5 x 8.5 in).

A3. Kami mempunyai team sebaran flyer yang komited untuk penghantaran flyer terus ke rumah-rumah atau premis prospek. Kami pentingkan value (utk real person) kerana anda bayar bukan untuk flyer tetapi untuk khidmat kami menghantar flyer terus ke bakal pelanggan.

A4. Secara asasnya, pemasaran cara konvensional seperti sebaran flyer masih lagi efektif supaya bisnes anda diketahui ramai. Ianya tidak seperti online marketing yang memerlukan anda keluar wang yang lebih untuk memastikan iklan sampai ke kumpulan sasaran yang sepatutnya. Melalui maklumbalas pelanggan kami, keputusan yang positif akan mula dilihat pada minggu ketiga. Walaubagaimanapun ianya bergantung pada banyak faktor seperti product demand, harga produk yang kompetitif, minat pelanggan terhadap produk/iklan, kualiti produk yang ditawarkan, khidmat pelanggan dan sebagainya. Tanggungjawab kami ialah untuk memastikan iklan anda sampai ke kumpulan sasaran yang betul dengan kandungan copywriting yang tepat.

A5. Kami memerlukan masa 7 hari untuk merekabentuk flyer anda mengikut spesifikasi dan maklumat yang diberikan sebelum dicetak dan diedar. Edaran Flyer akan dilakukan sepanjang 21 hari dan akan dibuat secara berperingkat sehingga siap mengikut jarak radius yang dipilih.

A6. Sebaran Flyer akan dibuat mengikut jarak radius dari alamat anda secara rawak tetapi mengikut zon yang telah dikenalpasti mempunyai prospek pelanggan seperti kawasan perumahan, premis perniagaan, dan sebagainya. Untuk setiap pakej flyer, jarak radius ialah 10km.

A7. Kami hanya menawarkan khidmat sebaran flyer yang mana setiap pakej adalah termasuk khidmat merekabentuk dan cetakan secara percuma. Kami tidak menawarkan khidmat merekabentuk dan/atau mencetak flyer.

A8. Ya. Anda boleh menggunakan rekabentuk flyer sendiri. Sila hantar fail rekabentuk flyer anda ke [email protected] selepas membuat tempahan. Sila sertakan Order ID sebagai rujukan kami.

A9. Tidak! Kami akan menyediakan khidmat rekabentuk termasuk copywriting bagi flyer anda. Anda hanya perlu bekalkan maklumat yang diperlukan apabila kami menghubungi anda selepas anda memuktamadkan pesanan tempahan flyer.

A10. Tidak! Anda boleh sahaja menggunakan khidmat sebaran flyer kami untuk tujuan pengiklanan apa sahaja. Dari hilang kucing sehinggalah mencari prospek pembeli rumah, semuanya boleh.

A11. Maaf. Kami tidak dapat memberikan fail rekabentuk bagi flyer kerana ianya tidak termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Setiap pakej yang ditawarkan hanyalah untuk khidmat sebaran flyer. Khidmat rekabentuk dan mencetak adalah termasuk didalam pakej secara percuma.

A12. Anda boleh menyemak status sebaran flyer anda melalui pautan Semakan Tempahan dengan Order ID anda.

A13. Untuk setiap pakej yang ditawarkan, sebaran flyer adalah dalam lingkungan jarak radius 10km. Jarak radius untuk sebaran flyer yang lagi besar akan meluaskan lagi peluang untuk mendapatkan prospek.

A14. Anda boleh membuat tempahan khas dimana anda boleh memilih berapa helaian yang diperlukan dan jarak radius sebaran yang diingini melalui Tempahan Custom Flyer. Untuk tempahan Custom Flyer, kami akan menggunakan flyer berwarna sahaja.


Penjenamaan Website


A1. Setiap pakej akan mendapat tiga halaman utama yang akan direkabentuk mengikut spesifikasi perniagaan anda dan bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai perniagaan yang anda jalankan dan juga produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Secara asas, halaman berikut sesuai diletakkan sebagai halaman utama laman web anda:-
1). Mengenai Kami.
2). Hubungi Kami (Borang untuk hantar mesej ke e-mel).
3). Soalan-soalan Lazim (FAQ).

A2. Kami tidak meletakkan had untuk anda masukkan produk-produk anda ke dalam Halaman Produk.

A3. Shopping Cart merupakan sistem dalam laman web anda yang akan menyimpan untuk sementara waktu produk-produk yang ingin dibeli oleh pelanggan. Pelanggan boleh menyemak isi kandungan Shopping Cart seperti kuantiti produk yang ingin dibeli, kos penghantaran, etc sebelum membuat keputusan untuk meneruskan tempahan dengan mengisi borang di Halaman Checkout.

A4. Sistem Checkout kami adalah ringkas dan memudahkan pelanggan untuk membuat transaksi secara online. Pelanggan tidak perlu membuat akaun yang khusus untuk membuat pesanan. Pelanggan hanya perlu membekalkan maklumat yang diperlukan untuk memproses tempahan seperti Nama, Alamat E-mel, No. Telefon dan/atau Alamat untuk tujuan Penghantaran Pesanan. Pelanggan kemudiannya boleh memuktamadkan pesanan dengan membuat bayaran terus secara online.

A5. Pelanggan anda akan diberi pilihan untuk membuat pembayaran secara online dengan menggunakan kad kredit atau debit atau secara perbankan online. Kami menggunakan platform pembayaran yang dibekalkan oleh BillPlz (https://www.billplz.com). Untuk tujuan ini, kami memerlukan anda untuk membuka akaun dengan BillPlz supaya kami boleh buat tetapan sistem online payment di laman web anda kelak. Anda boleh membuka akaun BillPlz sekarang dengan mendaftar dilaman web BillPlz disini:- https://www.billplz.com. Anda juga boleh membuka akaun ini selepas membuat tempahan dengan kami. Kami akan menghubungi anda semula untuk membantu anda membuka akaun dengan BillPlz.

A6. Sekiranya anda sudah membuka akaun dengan BillPlz, anda hanya perlu memilih 'Ya' untuk tetapan tempahan Pakej Website semasa mengisi borang tempahan nanti. Selepas anda memuktamadkan pesanan dengan bayaran, kami akan menghubungi anda semula untuk melengkapkan proses tetapan sistem bayaran untuk laman web anda.

A7. SEO merupakan kependekan bagi Search Engine Optimization. Ini bermaksud kami akan memberikan khidmat penulisan kandungan laman web anda supaya mengikut tetapan yang sepatutnya supaya laman web anda mendapat kedudukan yang bagus didalam Google Search Ranking. Ini memberikan peluang laman web anda supaya mudah dijumpai oleh bakal pelanggan yang membuat carian Google.

A8. Ya! Nama domain merupakan alamat yang digunakan supaya pelanggan anda boleh mengakses kandungan laman web anda. Seperti laman web kami, dengan menaip iklanflyer.com, kandungan laman web kami akan dipaparkan dibrowser yang anda gunakan.

A9. Tidak perlu beli! Kami akan memberikan nama domain secara PERCUMA untuk langganan selama 1 tahun. Setiap Pakej Website kami adalah termasuk dengan pendaftaran nama domain tanpa secarang caj untuk tahun pertama.

A10. Anda tidak perlu risau mengenai perkara-perkara teknikal! Biar kami yang uruskan. Kami akan membuat tetapan supaya laman web anda boleh diakses dengan nama domain yang anda pilih. Anda hanya perlu buat carian nama domain yang sesuai untuk perniagaan anda sewaktu anda membuat tempahan dan kami akan uruskan hal-hal selanjutnya untuk anda.

A11. Untuk tahun kedua dan seterusnya, anda hanya perlu membuat pembayaran berjumlah RM80/setahun.

A12. Anda hanya perlu beritahu kami melalui borang tempahan dan kami akan membuat tetapan untuk anda. Kami akan menghubungi anda semula untuk proses selanjutnya.

A13. SSL merupakan kependekan untuk Secured Sockets Layer dan merupakan teknologi web yang melindungi pengguna website sewaktu membuat transaksi maklumat antara laman web dan server. Ini penting untuk memastikan setiap maklumat yang dihantar ke dan diterima dari pelayan sentiasa dilindungi dan dijamin selamat.

A14. Secara mudahnya ianya sangat penting. Pelanggan anda akan dilindungi sewaktu memasukkan maklumat sensitif seperti maklumat peribadi (Nama, No. Telefon, E-mel & Alamat) sewaktu membuat pesanan. Transaksi maklumat antara laman web anda dengan server akan dilindungi oleh teknologi enkripsi data yang mana maklumat sensitif ini dilindungi dari penggodam. Dengan adanya SSL, laman web anda akan mempunyai logo kunci berwarna hijau di ruang alamat URL di browser anda (Jika ditekan, anda akan diberi maklumat "Connection is secure") dan ini akan memberikan keyakinan yang lebih kepada pelanggan untuk berurusan dengan laman web anda i.e membuat pesanan.

A15. Untuk tahun kedua dan seterusnya, anda hanya perlu membuat pembayaran berjumlah RM120/setahun.

A16. Hosting Server merupakan komputer yang akan menyimpan data dari laman web anda (maklumat pelanggan, data pesanan, etc) dan membolehkan pelanggan mengakses kandungan laman web anda melalui nama domain.

A17. Tidak perlu! Apa yang anda bayar ialah khidmat menyediakan laman web jualan yang boleh diakses dengan nama domain anda sendiri. Anda tidak perlu tahu mengenai perkara teknikal untuk memiliki laman web anda nanti. Kami merupakan team teknikal untuk perniagaan anda.

A18. Ya. Anda akan dibenarkan untuk akses ke Hosting Server supaya anda boleh memuat-turun data pelanggan dan tetapan laman web anda seperti senarai produk, kandungan web, etc. Anda akan diberikan akses ke akaun FTP anda sendiri supaya anda boleh mengakses kandungan laman web anda.

A19. Maaf, anda tidak boleh mengakses dan juga memuat-turun "source code" laman web tetapi anda boleh mengakses dan memuat turun data-data berkaitan laman web, data pelanggan dan data pesanan sahaja.

A20. Kami mempunyai team web developer yang cukup mahir untuk membuat sebarang penambahbaikan laman web anda. Hubungi kami untuk dapatkan konsultasi percuma. Kos untuk penambahbaikan laman web adalah bergantung pada modul yang diingini.

A21. Anda akan diberikan cara-cara untuk memuat-turun aplikasi ke telefon pintar anda supaya anda boleh chat secara Live dengan pelanggan yang melawat laman web anda. Anda juga boleh membuat Live Chat melalui laman web.

A22. Web Analytics merupakan perisian digital atas talian yang membantu anda untuk membuat analisis terhadap pelawat laman web. Melalui data yang dikumpul ini, anda dapat mempelajari siapa dan dari mana pelawat laman web anda dan juga ketahui kelakuan pelanggan melalui pelbagai jenis analisis yang disediakan. Ianya sangat berguna untuk merangka strategi pemasaran online anda.

A23. Kami akan membuat pemasangan skrip ke dalam website anda. Kami akan berikan anda cara-cara untuk memuat-turun aplikasi untuk anda lihat data yang dikumpul. Analisis boleh dibuat melalui antaramuka web dan boleh diakses melalui dekstop.