Kami percaya bahawa pengiklanan flyer masih mempunyai kesan ke atas strategi pemasaran perniagaan.

Dengan reka bentuk yang mudah namun menarik dan juga copywriting yang jelas dan mudah difahami, iklan flyer boleh membantu memasarkan perniagaan anda kepada lebih ramai audien tempatan pada kadar kejayaan yang lebih besar.

Hebahkan Jenama

Sebarkan jenama perniagaan anda supaya diketahui ramai dan untuk mendapatkan lebih ramai bakal pelanggan yang ada potensi membeli.

Sasaran Lokal

Dapatkan pelanggan baharu dari kawasan sekitar anda. Kami menyediakan perkhidmatan pengedaran flyer pintu-ke-pintu untuk kawasan sehingga jarak 50km.

Lebih Disukai

Flyer selalunya lebih disukai bakal pelanggan kerana ianya boleh disimpan dan mudah diingati.

Tingkatkan Jualan

Selain kaedah pemasaran digital, sebaran flyer meningkatkan hasil jualan kerana dijamin sampai terus hanya ke bakal pelanggan yang berpotensi untuk bisnes anda.

Bagaimana kempen pengiklanan flyer kami dapat membantu perniagaan anda?
• • •


Kami beri tumpuan pada isi kandungan iklan dan rekabentuk.

Team design kami sentiasa bersedia untuk menghasilkan risalah dengan rekabentuk yang menarik dan isi kandungan iklan yang tepat dan mudah difahami pelanggan. Ini penting untuk menarik minat mereka untuk bertindak menghubungi anda.

Sehelai Flyer bermaksud Seorang Bakal Pelanggan.

Team edaran kami sangat berdedikasi dan bersedia hampir diseluruh bandar-bandar utama di Malaysia untuk membantu menyampaikan setiap helaian flyer anda ke bakal pelanggan. Kami percaya setiap helaian berhak sampai ke setiap orang yang berpotensi, bukannya diletakkan didalam kotak surat atau diselit dicermin kereta.

Kadar pulangan yang tinggi.

Kami mempunyai pasukan-pasukan tersendiri dengan kemahiran rekabentuk yang tinggi dan berdedikasi untuk membuat edaran ke pasaran yang betul bersesuaian dengan jenis perniagaan anda. Jaminan kami ialah anda seharusnya boleh mendapat sekurang-kurangnya 30% prospek atau kami akan jalankan kempen lain yang sama tanpa dikenakan kos tambahan.

Rekabentuk - Cetakan - Edaran

• • •

Kami uruskan kesemuanya!


Anda tidak perlu risau untuk rekabentuk dan cetak flyer, kami mempunyai team creative yang cekap untuk uruskan kesemuanya termasuk edaran flyer pintu-ke-pintu hanya ke bakal pelanggan yang berpotensi untuk bisnes anda.


Anda hanya perlu pilih pakej yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda.

Apa yang boleh diletak dalam flyer

• • •


Iklankan produk

Bukan sahaja produk, anda juga boleh mengiklankan apa sahaja seperti servis, kedai baru anda, jualan gudang dan sebagainya.

Tawaran promosi

Tawarkan promosi untuk menarik minat lebih ramai bakal pelanggan. Anda boleh letak kod kupon* atau iklankan tawaran diskaun.

Kongsikan lokasi

Beritahu lokasi melalui peta dan koordinat supaya memudahkan bakal pelanggan untuk mencari premis perniagaan anda.

Sesuai diletakkan sekiranya anda mempunyai website yang boleh menawarkan promosi dengan kod kupon. Anda boleh menempah website dengan kami sekiranya perniagaan anda belum mempunyai website.